fbpx

Enam premis diserbu, didalangi sindiket berlainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Khalid (tiga kanan) sedang memeriksa kepingan kertas yang bercetak ketika serbuan ke sebuah premis di Puchong Utama, hari ini.

SUBANG JAYA – Meskipun sudah enam kali kawasan perniagaan di Puchong Utama diserbu polis namun masih terdapat segelintir premis perniagaan yang berani menjalankan aktiviti menjual nombor ekor secara haram.

Kebanyakan premis yang baru beroperasi antara tiga ke empat bulan lalu itu didalangi sindiket yang berlainan dengan sebahagiannya berselindung di sebalik perniagaan yang beroperasi secara sah.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, serbuan menerusi Ops Dadu kali ini merupakan serbuan ketujuh ke lokasi yang sama.

Menurutnya, melalui serbuan kali ini, polis berjaya memberkas 20 individu melibatkan 11 penjaga dan penjual serta sembilan pembeli yang berusia lingkungan 26 hingga 55 tahun.

“Lima daripada pembeli merupakan warga asing manakala selebihnya warga tempatan. Mereka berjaya ditahan sebelum sempat membeli nombor ekor.

“Daripada keseluruhan tangkapan, dua daripadanya adalah wanita tempatan yang bertindak sebagai penjual, salah seorang daripadanya pernah ditahan polis sebanyak empat kali,” ujarnya kepada pemberita di lokasi malam ini.

Jelasnya, melalui Operasi yang bermula kira-kira pukul 6 petang hingga 8.30 malam itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM5,060 termasuk 12 telefon bimbit dan 53 keping kertas bercetak dan bertulis.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI