BANDAR RAYA NEW YORK – Perbuatan seorang gelandangan bersahaja memakan seekor tikus di sebuah kaki lima di New York mengundang perhatian ramai, lapor akhbar New York Post semalam.
Perbuatan itu dirakam berhampiran Third Avenue di Mott Haven pada 1 Mac lalu.
Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @newyorkshi* memaparkan lelaki itu mencarik-carik bangkai tikus tersebut sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.
Lebih mengejutkan, dia menarik usus haiwan pengotor itu dengan giginya.
Klip video itu mencatatkan lebih 59,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
“Protein terbaik,” kata seorang pengguna media sosial.
“Trump sibuk dengan urusan yang salah. Beliau perlu membantu rakyatnya sendiri,” kata netizen lain. – AGENSI