fbpx

Pelajar IPT parah ditikam bertubi-tubi kenalan lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian penuntut perempuan ditikam kenalan lelaki di kampus universiti itu dekat Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang penuntut perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) cedera parah dipercayai akibat ditikam kenalan lelaki dalam kejadian di kampus universiti itu dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun cedera parah di bahagian belakang badan akibat ditikam berulang kali oleh suspek yang juga berusia 19 tahun.

Mangsa yang rebah kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk rawatan lanjut dan difahamkan mangsa berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan parah dialaminya.

Menurut sumber, kejadian membabitkan dua pelajar asasi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan bersama beberapa rakannya ke perpustakaan.

“Mangsa dikatakan dihampiri oleh suspek yang didakwa bekas teman lelakinya sebelum bertindak menikam belakang badan mangsa sehingga rebah. Suspek dikatakan turut mengalami kecederaan pada tangan ketika bergelut dengan mangsa sebelum dibawa mendapatkan rawatan ke klinik di dalam kampus berkenaan,” dakwanya.

Dakwanya, suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan mangsa kerana memutuskan hubungan mereka yang terjalin sekian lama sejak belajar dan tinggal di Butterworth, Pulau Pinang lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail mengesahkan kejadian dan berkata, suspek telah ditahan polis sejurus kejadian.

“Susulan laporan kejadian dibuat pihak keselamatan universiti berkenaan pagi tadi, pihak kita berjaya menahan suspek semasa dia mendapatkan rawatan di klinik kampus berkenaan.

“Kita sedang merakam keterangannya sebelum membawanya untuk proses reman bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 324/326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI