fbpx

Pelan Strategik UMK30 pacu transformasi UMK dalam tempoh 5 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arham (dua dari kanan) melawat ruang pameran pada Majlis Perutusan Naib Canselor UMK 2025 di Dewan Tuanku Canselor UMK Kampus Bachok, Bachok hari ini. - Foto oleh ROSMIZAN RESDI / KOSMO!

BACHOK – Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melancarkan Pelan Strategik UMK 2025-2030 (UMK30) sebagai agenda memacu transformasi untuk universiti peneraju keusahawanan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Arham Abdullah berkata, inisiatif itu dijangka turut menjadi pemacu kemajuan negara secara holistik.

Katanya, dalam usaha merealisasikan pelan itu, UMK sudah menggerakkan 14 langkah strategik awal termasuk menubuhkan Pasukan Tugas Khas UMK30 selain pelajar sebagai mahasiswa unggul yang seimbang ilmu duniawi (aqli) dan ilmu ukhrawi (naqli)

“Langkah seterusnya adalah dengan memberi tumpuan kepada beberapa aspek seperti strategi penjanaan dan pendanaan, pengantarabangsaan yang holistik, penyelidikan bermanfaat, aktiviti kerohanian dan sebagainya.

“Sebanyak 14 langkah itu mampu mencipta persekitaran baharu UMK sekali gus melonjakkan universiti ini ke mercu yang lebih tinggi,” katanya selepas menyampaikan Perutusan Naib Canselor UMK 2025 di Dewan Tuanku Canselor UMK Bachok, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Arham memberitahu, UMK turut menyasarkan kemasukan 1,000 pelajar antarabangsa tahun ini.

“Setakat ini, kita sudah menerima kemasukan pelajar antarabangsa yang meningkat daripada 100 kepada lebih 400 pelajar dari pelbagai negara termasuk ASEAN, Timur Tengah, China, Indonesia. Mereka ini telah mengikuti pelbagai program di Fakulti Keusahawanan, Fakulti Bahasa dan Fakulti Sains,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI