fbpx

Liga Super: JDT nafi kejutan Penang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISRAFILOV melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola ke gawang Penang ketika JDT meraih kemenangan pada aksi kelmarin. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio berpuas hati dengan prestasi pasukan selepas melakar kemenangan ke-20 Liga Super musim ini dengan menewaskan Penang FC 3-0 kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Bandaraya itu, skuad Harimau Selatan yang sah bergelar juara liga buat kali ke-11 berjaya meraih kemenangan hasil jaringan Eddy Israfilov yang meledak dua gol dan Heberty Fernandes.

Menurut Bidoglio, keputusan tersebut memberi aura positif buat pasukan yang bakal mengalihkan tumpuan bagi mengharungi aksi final Piala Malaysia bertemu Sri Pahang pada 12 April depan.

“Sejak dari awal hasrat kami adalah untuk menguasai perlawanan, cuba bermain agresif dan pemain mengawal bola, berusaha menukar pergerakan bola dari sisi ke sisi dan saya rasa hari ini pemain telah menunjukkan prestasi yang baik.

“Kini, saya harap pasukan bermain dengan lebih serius dalam semua perlawanan. Ini kerana Liga Super dan perlawanan akhir Piala Malaysia sangat penting bagi kami, perlu fokus dan terus menunjukkan peningkatan,” katanya selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, ketua jurulatih Harimau Kumbang, Wan Rohaimi Wan Ismail tetap bangga dengan semangat juang anak buahnya terutamanya barisan pemain muda yang diturunkan pada kali ini.

“Bagi saya, pemain muda membalas kepercayaan yang diberikan dan itu petanda positif buat Penang. Harap bila kembalinya pemain utama pada baki perlawanan akan datang momentum pasukan akan lebih menyerlah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI