fbpx

Khalid Jamlus kini jual daging salai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalid JAMLUS (tengah) bersama pekerjanya di depan gerai Daging Salai Masak Lomak Cili Api di Batu 7, Sijangkang, Kuala Langat semalam.

KUALA LANGAT – Enggan menoleh ke belakang, bekas penye­rang bola sepak negara, Khalid Jamlus memfokuskan untuk memajukan gerai daging salai masak lemak cili apinya.

Menurut Khalid atau nama penuhnya, Muhamad Khalid, 43, perniagaan yang diusahakan sejak tiga bulan lalu di Lepak Court Batu 7, Sijangkang di sini adalah hasil jualan kasut emas dan barangan peribadinya sepanjang bergelar pemain bola sepak.

Katanya, menu itu dipilih ke­rana bapa dan keluarga isterinya berasal dari Negeri Sembilan.

“Saya tidak mahu terus terpalit dengan isu kasut emas.

“Hasil jualan kasut itu saya bayar hutang dan mengusahakan gerai ini dengan berbekalkan pengalaman berniaga sebelum ini serta kemahiran memasak daripada ahli keluarga,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Khalid merangkul anugerah kasut emas selepas meledak 17 gol yang turut berjaya membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.

Dia terpaksa menjualnya atas faktor kewangan selepas tiga tahun tiada pekerjaan.

Aksi Khalid Jamlus ketika menentang pasukan Timor Leste pada 2004.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berke­nan membeli kasut itu pada September tahun lalu.

Kata Khalid, sambutan yang diterima daripada pelanggan terhadap jualannya amat menggalakkan dan dia berhasrat memajukannya lagi tapak gerai itu bersama pemilik Lepak Court, Tafsir Asmawi.

Dia juga berhasrat menambah cawangan gerai tersebut di beberapa lokasi lain.

“Selepas saya menjual kasut emas, ada yang menjanjikan saya untuk mengemudikan satu pasukan sebagai jurulatih tahun lalu.

“Namun, saya sudah berhenti berharap dan mahu mengukuhkan kewangan keluarga,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada mahu meneruskan kursus kejurulatihan kelas A, Khalid menegaskan, impian itu tetap ada, namun terpaksa ditangguhkan susulan kos­nya dianggarkan RM6,000.

“Ketika ini, lebih baik wang berkenaan dilaburkan dalam memajukan perniagaan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI