fbpx

Liga Super: Rekod tanpa kalah Selangor berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUKHAIRI

JURULATIH Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mengakui pasukannya beraksi di bawah tahap sebenar selepas rekod 14 aksi tanpa kalah lebur apabila ditewaskan Kuching City 1-2 pada aksi Liga Super kelmarin.

Pada perlawanan di Stadium Negeri, Sarawak itu, skuad tuan rumah berjaya meraih tiga mata berharga hasil jaringan Ramadhan Saifullah dan Jimmy Raymond, manakala Gergasi Merah mendapat gol tunggal menerusi penyudah Mukhairi Ajmal.

Kata Kinoshi, perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan dan padang yang ‘becak’ juga menjejaskan rentak pemain dalam misi meraih mata berharga.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan tiga mata buat penyokong kami terutama yang datang jauh dari Selangor.

“Pada babak pertama, kita tidak bermain dengan baik mungkin atas sebab pemain tidak beraksi pada posisi yang sepatutnya dan kelemahan itu berjaya dirombak pada separuh masa kedua.

“Namun, saingan yang berlangsung dalam keadaan hujan merosakkan corak permainan kita selain kesilapan mudah yang dilakukan hingga pasukan tewas pada aksi kali ini,” katanya.

Sementara itu, Kinoshi turut menjelaskan keputusan untuk mengeluarkan Faisal Halim selepas rehat babak pertama adalah disebabkan taktikal dan bukan menghukum pemain berusia 27 tahun itu itu.

“Corak permainan Faisal pun terjejas apabila perlawanan berlangsung dalam keadaan cuaca seperti ini. Saya harap dia dapat tampil lebih baik ketika bersama skuad kebangsaan nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI