fbpx

Pakar ‘gatal’ digantung tugas, kanak-kanak spina bifida dirujuk pakar lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ihya Ramadan Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan kanak-kanak menghidap kecacatan saraf tunjang yang dirawat di Hospital Pakar Kanak-Kanak, Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM) akan dirujuk ke pakar bedah saraf lain.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan itu selepas seorang pakar HPKK UKM digantung tugas.

Katanya, laporan lengkap berkaitan kes itu telah diterima pihaknya selain tindakan susulan akan dijalankan oleh pihak jabatan universiti.

“Bagi hal berkaitan dengan pesakit ataupun mereka yang memerlukan rawatan, pihak universiti telah membuat langkah-langkah untuk mereka ‘cover’ balik kerja-kerja yang ada.

“Mungkin kalau bukan pakar itu, mereka akan dapatkan pakar-pakar lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut dan ini telahpun dilakukan,” katanya pada sidang akhbar selepas program Ihya Ramadan anjuran KPT di sini tadi.

Pada 3 Mac, media melaporkan seramai 17 kanak-kanak yang menghidap spina bifida berdepan kesulitan selepas pakar bedah saraf yang dijadualkan merawat mereka digantung tugas sejak tiga bulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI