fbpx

Mohamad Sabu gembira benih bawang ditanamnya mula bercambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kanan) teruja apabila kira-kira 1,000 benih Bawang Rose Ehsan yang ditanamnya Rabu lalu mula bercambah.

PETALING JAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menzahirkan rasa gembira apabila 1,000 benih Bawang Rose Ehsan yang disemainya minggu lalu mula bercambah.

Beliau telah memanfaatkan kawasan sedia ada di kediaman rasmi menteri bagi tujuan berkenaan pada Rabu lalu.

“Alhamdulillah, gembira tengok benih bawang yang Bang Mat semai lima hari lepas, sudah mula tumbuh. Semoga terus membesar dengan subur,” katanya di media sosial, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Mohamad mengambil inisiatif itu selaras dengan komitmen bersama dalam memastikan keterjaminan makanan negara.

“Kaedah yang Bang Mat (Mohmad) guna ialah ‘raised garden box’ (kotak tanaman berbingkai) supaya tanaman lebih teratur dan mudah untuk diuruskan.

“Sebelum ini, Bang Mat berkunjung ke Selangor Fruit Valley untuk melihat penanaman bawang rose Ehsan di kawasan seluas 10 hektar,” ujarnya.

Tanaman bawang itu merupakan ‘perusahaan’ kedua Mohamad selepas berjaya menuai hasil sebanyak 40 kilogram (kg) ikan tilapia yang diternak beliau menerusi kolam di halaman rumah pada Julai tahun lalu.

Menurut beliau, hasil tuaian tersebut diperolehi daripada penternakan ikan sungai itu setelah genap dua bulan pembelaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI