fbpx

Pembantu pengurusan kasari kanak-kanak autistik diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis mengambil keterangan seorang pembantu pengurusan murid yang didakwa mengasari seorang kanak-kanak autistik di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, selain wanita terbabit, pihaknya juga merakam percakapan ibu kanak-kanak berkenaan.

“Wanita itu telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pagi ini dan kita sudah merakam percakapannya.

“Ibu kepada pelajar berkenaan juga telah hadir memberi keterangan berhubung insiden berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan terhadap seorang pembantu pengurusan murid yang didakwa mengasari seorang kanak-kanak autistik berusia tujuh tahun.

Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya telah terkesan satu hantaran yang dimuat naik di TikTok memaparkan kejadian tersebut.

Menurutnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI