fbpx

Ex-Kurung: Mahasiswi PUO terseliuh kaki ketika evakuasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Politeknik Ungku Omar

IPOH – Seorang mahasiswi Politeknik Ungku Omar (PUO) terseliuh kaki sewaktu proses evakuasi sedang dilaksanakan ketika Latihan Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK) di Kampus Astra, PUO hari ini.

Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah berkata, pelajar Diploma Kejuruteraan Awam berusia 22 tahun itu telah menerima rawatan di klinik bagi kecederaannya itu.

“Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) juga turut berada di dalam kampus PUO untuk memberi bantuan kesihatan serta perkhidmatan psikologi buat warga dan pelajar yang memerlukan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hantaran tular di media sosial yang menyatakan terdapat kakitangan atau pelajar yang tercedera semasa sesi simulasi berkenaan dijalankan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, latihan dinamakan Ex-Kurung itu bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan agensi terlibat termasuk pasukan polis, PUO dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam mengurus dan mengendalikan krisis keganasan.

“Kehadiran petugas yang ramai, kenderaan pasukan keselamatan dan kesihatan termasuk helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) di kawasan politeknik dan sekitarnya adalah sebahagian daripada latihan Ex-Kurung ini.

“Latihan seumpama ini dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk menguji keberkesanan pelan tindakan pengurusan krisis keganasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI