fbpx

Pelita Raya Terengganu patut masuk Kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razali (tiga dari kanan) memerhatikan Ahmad Samsuri mencuba pelita kekabu pada program Pelita Raya Terengganu di Kompleks Sukan Terengganu, Kuala Nerus hari ini.

KUALA TERENGGANU – Program Pelita Raya Terengganu yang sudah memasuki edisi keempat tahun ini dicadang agar dimasukkan sebagai acara utama dalam Kalendar Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, program Pelita Raya Terengganu terbukti mampu menarik pelancong asing menerusi penyertaan peserta dari luar negara pada edisi kali ini.

Beliau berkata, edisi kali ini buat julung kalinya melibatkan penyertaan peserta Thailand, Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.

“Kami sasar penyertaan negara asing semakin bertambah pada tahun hadapan.

“Kerajaan negeri dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu berbesar hati sekiranya pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Tourism Malaysia dapat menjadikan program Pelita Raya Terengganu ini sebagai acara utama dalam kalendar acara TMM 2026,” katanya ketika ditemui di Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini malam tadi.

Terdahulu beliau menghadiri majlis penutup Pelita Raya Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI