fbpx

Hujan lebat di Sabah dan Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa bahagian di Sarawak dan Sabah pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berterusan sehingga pukul 4 petang nanti.

“Cuaca buruk dijangka berlaku di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang.

“Di Sabah amaran ribut petir melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat serta Wilayah Persekutuan Labuan,” kata kenyataan itu.

Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI