fbpx

Lelaki diburu tersilap masuk rumah sebelah pejabat APM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki buruan polis yang berjaya ditangkap di pekarangan sebuah rumah berhampiran Pejabat APM Daerah Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Seorang lelaki yang diburu polis berhubung kes pecah rumah tersilap langkah apabila kehadirannya disedari anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Hulu Terengganu yang berada di pejabat agensi itu di sini malam tadi.

Lelaki berusia 48 tahun itu dipercayai cuba memasuki sebuah rumah yang terletak berhampiran pejabat APM tersebut pada pukul 8.45 malam.

Pegawai APM Daerah Hulu Terengganu, Mohd. Zabri Abd. Razak berkata, seorang anggota APM ternampak kelibat suspek sewaktu lelaki itu hendak memasuki surau pejabat agensi itu untuk menunaikan solat tarawih.

“Dia kemudian memaklumkan mengenai perkara itu kepada rakan-rakan sekerja. Mereka kemudian membuat kepungan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Zabri berkata, suspek gagal meloloskan diri dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Semakan mendapati lelaki itu dikehendaki kerana terlibat kes pecah rumah di Kampung Rahmat di sini baru-baru ini.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI