fbpx

Ingatkan syiling, rupanya tertelan token mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imbasan X-ray seorang kanak-kanak tertelan token mainan.

PETALING JAYA – Seorang Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) di sebuah hospital kerajaan, Dr. Mohd Shaiful Nizam, baru-baru ini berkongsi di media sosial mengenai kes seorang kanak-kanak yang tertelan token mainan.

Katanya, beliau segera bergegas ke Dewan Bedah Hospital untuk mengeluarkan ‘foreign body’ (bendasing) yang tersangkut di dalam esofagus pesakit tersebut.

“Pada awalnya, saya ingatkan syiling. Tetapi apabila sudah sampai ke bahagian atas esofagus, bentuknya tidak menyerupai syiling,” tulis pemilik akaun tersebut.

Menurut beliau, kebiasaan dan kebanyakan kes sebelum ini melibatkan kanak-kanak tertelan syiling. Namun, kali ini objek yang dikeluarkan bukanlah syiling, sebaliknya token mainan.

Tambahnya, ini merupakan kali pertama beliau berdepan dengan situasi sedemikian sepanjang pengalamannya merawat pesakit di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Selepas beberapa prosedur dilakukan, pembedahan untuk mengeluarkan token mainan itu berjaya diselesaikan dengan selamat.

Susulan insiden tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi permainan anak-anak, terutama objek kecil yang boleh mendatangkan bahaya jika tertelan.

“Jika bermain dengan sesuatu di dalam mulut dan terleka walau sekejap, benda seperti ini boleh berlaku,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI