fbpx

400 murid Beruas terima bantuan persekolahan YBR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YBR memperuntukkan sebanyak RM40,000 bagi menyediakan bantuan persekolahan kepada 400 pelajar di Beruas, Perak, baru-baru ini. - Foto MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan sebanyak RM40,000 bagi menyediakan bantuan persekolahan kepada 400 pelajar di Beruas, Perak, baru-baru ini.

YBR dalam satu kenyataan media berkata, peruntukan yang disalurkan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Masyarakat Prihatin Beruas itu adalah bantuan persekolahan bagi tahun ini.

“Bantuan ini berobjektif dalam memberi bantuan kewangan kepada penerima yang layak.

“Ia sebagai insentif tambahan dalam menyediakan peralatan persekolahan yang diperlukan di sepanjang sesi pembelajaran dijalankan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama, Majlis Perasmian Bantuan Persekolahan YBR itu telah disempurnakan oleh Senator Datuk Dr. Azhar Ahmad di Dewan Inderawati di Beruas.

Azhar berkata, beliau berterima kasih di atas sokongan berterusan YBR dalam membantu golongan kurang berkemampuan khususnya dalam kalangan pelajar di sekitar Beruas.

“Saya berharap YBR terus maju jaya dan dapat membantu program-program berunsurkan pendidikan dengan lebih banyak terutamanya di sekitar kawasan Perak ini.

“Bantuan seumpama ini perlu bagi mereka yang berada di luar kawasan bandar untuk menarik minat mereka hadir ke sekolah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI