PETALING JAYA – Satu gempa bumi sederhana dilaporkan melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 11.19 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan bahawa gempa tersebut berukuran 5.0 magnitud.
“Kejadian berlaku di 0.1 darjah Selatan dan 123.1 darjah Timur dengan kedalaman 97 kilometer (km).
“Ia terjadi 72km Selatan dari Gorontalo,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE