fbpx

[VIDEO] Lelaki dedah Tun M bagi duit raya ‘rare’ 29 tahun lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan duit raya diterima Syamil (dalam bulatan) yang diberikan oleh Dr. Mahathir, 29 tahun lalu.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemuda yang masih memiliki duit raya pemberian bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 29 tahun yang lalu mengujakan orang ramai.

Lebih mengujakan, duit raya berjumlah RM3 itu diberikan berbentuk syiling 10 sen dan dibungkus kemas di dalam sampul kertas berbentuk silinder.

Menggunakan profil @Syamil Shuib di media sosial, lelaki itu berkata, duit raya itu diterima ketika dia berumur sekitar enam tahun.

Katanya, pemberian sedemikian tidak mungkin akan dirasai lagi oleh generasi kini.

“Duit Raya Tun bagi dekat saya 29 tahun yang lalu. Terima Kasih @chedetofficial. Generasi sekarang mungkin dah tak jumpa duit raya macam ni.

“Umur saya dalam lima atau enam tahun macam tu. Ada gambar budak berdiri depan Tun pakai songkok dan baju Melayu, saya la tu,” katanya.

Menurut Syamil, duit raya dan gambar bersama bekas Perdana Menteri itu masih disimpan rapi oleh ibu dan bapanya sebagai kenang-kenangan di masa hadapan.

“Mak ayah saya yang simpan. Ni kebetulan balik rumah mak ayah, dia orang tunjuk duit tu dengan gambar saya masa kecil dengan Tun.

Perkongsiannya itu meraih pelbagai respons orang ramai yang menyifatkan ia adalah ‘khazanah’ yang sangat berharga malah ada yang menawarkan RM50,000 sebagai pertukaran.

“Saya nak beli RM50,000,” komen seorang netizen.

“Wah, dia balut dengan kertas ke tu? Muzium Negara nak ni. Lagi-lagi Tun yang bagi, berharga,” ujar @GunieBuruk.

“Simpan bang, jangan bagi hilang. Kenangan tak ada jual,” saran @Saudagar pula. – KOSMO! ONLINE

@syamil.shuib Duit Raya Tun bagi dekat saya 29 tahun yang lalu, Terima Kasih @chedetofficial 🤝 Generasi sekarang mungkin dah tak jumpa duit raya macam ni 😁 #fyp #tunmahathir #duitraya ♬ Seribu kemanisan – Bulan&Angkasawan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI