fbpx

Pesakit mental hilang dari rumah perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IPD Muar sedang mengesan Khairul Anuar (gambar) yang dilaporkan hilang dari rumah orang-orang tua di Muar sejak semalam.

MUAR – Seorang lelaki tempatan dipercayai pesakit mental hilang selepas tidak pulang ke rumah perlindungan orang tua di sini sejak sehari yang lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima laporan kehilangan dari penjaga rumah orang-orang tua berkenaan semalam.

“Pihak IPD Muar sedang mengesan Orang Hilang (OH), Khairul Anuar Karim, seorang lelaki berbangsa Melayu berumur 55 tahun. Alamat di MyKadnya adalah Jalan Batang Melaka Jaya 3, Taman Batang Melaka Jaya, Batang Melaka, Melaka.

“Berkulit sawo matang, rambut pendek putih beruban, muka bujur, berketinggian 170 sentimeter dan berat kira-kira 80 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Raiz Mukhliz berkata, pakaian terakhir dipakai Khairul ialah baju-T berkolar berwarna biru dan berseluar sukan panjang berwarna hitam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi penyiasat kes ASP Suhaimi melalui talian di 06-9564800 atau Hotline, 06-9526001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN