fbpx

Pensyarah dan pelajar Politeknik Ungku Omar jadi tebusan hanya simulasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Simulasi latihan latihan Ex-Kurung di Politeknik Ungku Omar melibatkan insiden kumpulan bersenjata yang menjadikan pensyarah dan beberapa pelajar sebagai tebusan.

IPOH – Suasana di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini hari ini gempar apabila dimasuki kumpulan bersenjata yang menjadikan seorang pensyarah dan beberapa pelajar sebagai tebusan.

Situasi bertambah panik apabila kedengaran jeritan dan beberapa das tembakan dilepaskan oleh kumpulan penjenayah berkenaan.

Kejadian sekitar pukul 9 pagi itu bagaimanapun hanya ‘lakonan’ bagi menjayakan Latihan Pengurusan dan Pengendalian Krisis Keganasan 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK).

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan kejadian yang diterima daripada pengawal keselamatan PUO itu merupakan permulaan kepada senario latihan yang dinamakan Ex-Kurung.

Katanya, latihan berskala kecil itu bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan agensi terlibat termasuk pasukan polis, PUO dan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dalam mengurus dan mengendalikan krisis keganasan.

“Kehadiran petugas yang ramai, kenderaan pasukan keselamatan dan kesihatan termasuk helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU) di kawasan politeknik dan sekitarnya adalah sebahagian daripada latihan Ex-Kurung ini.

“Latihan seumpama ini dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk menguji keberkesanan pelan tindakan pengurusan krisis keganasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak panik dan menyebarkan spekulasi tidak tepat berkaitan kejadian dan latihan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI