fbpx

Kanak-kanak Singapura maut kereta dirempuh kenderaan lelaki lalok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa bersama keluarga dirempuh lori dipandu lelaki khayal dadah di Jalan Pantai, Johor Bahru, malam tadi.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki warga Singapura maut selepas kenderaan dinaiki bersama empat yang lain termasuk seorang pembantu rumah Indonesia dirempuh sebuah lori yang terbabas memasuki lorong bertentangan di Jalan Pantai, menuju ke Permas Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian melibatkan mangsa berusia antara dua hingga 44 tahun itu dilaporkan berlaku pada pukul 10.34 malam.

Katanya, mangsa maut berusia tujuh tahun, manakala empat yang lain iaitu ibu bapa, seorang adiknya serta wanita warga Indonesia turut mengalami kecederaan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori dipandu lelaki berusia 57 tahun dari arah bertentangan terbabas dan melanggar kenderaan dinaiki kelima-lima mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang maut tercampak keluar daripada kenderaan, sebelum dilaporkan maut ketika sedang mendapatkan rawatan kecemasan di hospital swasta pada pukul 3 pagi, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Raub memaklumkan pihaknya telah menahan pemandu lori, manakala semakan urin mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1); Seksyen 26(1); Seksyen 56(1) dan Seksyen 15(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pemandu turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI