fbpx

[VIDEO] Raya punya pukulan, banyak lagi belum selesai, lori baru sampai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan deretan lori sebuah syarikat kurier.

PETALING JAYA – Penangan hari raya berbaki dua minggu lagi membuatkan pekerja kurier tidak menang tangan menghantar barang yang dipesan oleh orang ramai.

Sebuah klip yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok @Matyie menunjukkan deretan lori kurier ‘bersusun’ di pusat pengumpulan barang sebuah syarikat di Alam Megah, Shah Alam di Selangor.

Menurutnya, bilangan lori yang membawa barangan tersebut semakin bertambah, malah ada yang belum selesai ke lokasi yang sepatutnya.

“Raya Aidilfitri punya pukulan, yang petang tadi belum settle (selesai) lagi, sekejap lagi sampai lagi satu puak,” katanya.

Menjengah ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial berharap agar urusan semua pemandu kurier tersebut dipermudahkan.

“Hari-hari masuk kurier ini, mereka kerja kalah robot, jadi mana yang lambat sampai itu bawa bersabar ye. Kalau tak sabar mari masuk kerja sama sekali,” komen @Skyriz78

“Terima kasih semua yang tolong uruskan parcel (bungkusan). Semoga Allah angkat darjat korang mencari rezeki halal bersusah payah,” kata @Looolaaaa. – KOSMO! ONLINE

@zurie98 raya aidilfitri punya pukulan..yg petang tadi blum settle lgi..kjap lgi sampai lgi satu puakk##jnt #jntexpress ♬ Seribu kemanisan – F

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI