fbpx

YBR bantu 90 individu kurang bernasib baik di Sepang sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YBR memperuntukkan bantuan berjumlah RM24,400 kepada 90 golongan anak yatim, ibu tunggal dan asnaf sempena bulan Ramadan di sekitar Sepang, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan bantuan berjumlah RM24,400 kepada 90 golongan anak yatim, ibu tunggal dan asnaf sempena bulan Ramadan di sekitar Sepang, baru-baru ini.

YBR menerusi kenyataan berkata, para penerima telah dikenal pasti melalui Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi memudahkan proses pemberian bantuan.

Bantuan itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Syaiful Rizal menerusi kenyataan sama berkata, ia sebahagian usaha YBR menyantuni golongan yang memerlukan di samping mengeratkan silaturahim.

Selain itu katanya, YBR cakna dan berharap peruntukan itu dapat membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

“Bantuan yang di salurkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada penerima dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang bulan Ramadan.

“Semoga lebih banyak program-program sebegini dapat diadakan dan sekali gus merapatkan lagi ukuhwah di antara organisasi luar dengan masyarakat di Sepang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI