fbpx

Enam negeri dilanda cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Selangor, cuaca buruk dijangka melanda kawasan Klang,Kuala Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan pula di kawasan Port Dickson,” katanya.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terjejas termasuk Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), serta Mukah.

“Selain itu, di Sabah pula, melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu), Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu), dan Sandakan (Kinabatangan),” kata MetMalaysia.

“Wilayah Persekutuan Labuan juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama pagi ini,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI