PETALING JAYA – Isteri bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan ketujuh, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali meraih perhatian ramai apabila dilihat tampil berhijab di khalayak umum.
Menerusi hantaran di media sosial, penampilan berhijab beliau yang menghadiri sebuah majlis berbuka puasa anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menerima pujian daripada orang ramai.
Rata-rata pengguna di media sosial menuai reaksi positif serta memuji penampilan barunya itu.
“Ya Allah hampir tak kenal. Cantiknya Tun Dr. Hasmah pakai tudung,” komen @Neyrashashazeyra.
“Allah sebaknya, impian Tun Dr. Hasmah tercapai pakai hijab akhirnya,” komen @Watisaid. -KOSMO ONLINE!
@amofficialmy Replying to @AiniQ ♬ Ramadan Story – Ramol