fbpx

Enjin terbakar di Manila, pesawat Malaysia Airlines terpaksa patah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat MH705 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, kelmarin.

PETALING JAYA – Sebuah pesawat Malaysia Airlines terpaksa berpatah balik selepas berlepas dari Manila, Filipina ekoran salah satu enjinnya terbakar, kelmarin.

Difahamkan, pesawat MH705 itu dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum enjinnya terbakar dipercayai akibat perlanggaran dengan burung.

Bagaimanapun, pesawat berkenaan dilaporkan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino tanpa sebarang kemalangan jiwa.

Menurut seorang pengguna aplikasi dikenali sebagai Dasun Hehoda yang memuat naik gambar kejadian berkata, enjin pesawat itu terbakar selepas berlepas dari lapangan terbang.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam hantaran di media sosial berkata, pihaknya amat menyesali berikutan kejadian terbabit sekali gus memberi gangguan kepada perjalanan penumpang.

“Kami benar-benar menghargai respons anda dalam situasi yang sukar. Keselamatan dan kesejahteraan penumpang adalah keutamaan kami.

“Kami berharap kejadian ini tidak menghalang anda daripada memilih Malaysia Airlines pada masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI