fbpx

Kelantan, USM cipta alat kesan dadah ‘magic mushroom’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamakhshari (dua dari kanan) ketika mempengerusikan sesi libat urus Pemadam Negeri Kelantan bersama 30 jabatan kerajaan, individu dan NGO di Kota Bharu, hari ini. Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan bekerjasama dengan Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini, pada tahun lalu bagi menjalankan kajian untuk mencipta alat bagi mengesan pengambilan dadah sintetik jenis ‘magic mushroom’.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perpaduan Masyarakat Kelantan, Zamakhshari Muhamad berkata, peruntukan sebanyak RM30,000 telah disalurkan kepada universiti tersebut melalui Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kelantan.

Menurutnya, kajian itu dijalankan untuk mencari kaedah bagi membolehkan magic mushroom yang biasanya diambil menggunakan rokok elektronik atau vape dikesan dalam badan.

“Pihak USM telah membentangkan satu kertas cadangan untuk membuat kajian bagi mencari kaedah mengesan magic mushroom pada Mesyuarat Majlis Tindakan Anti Dadah Negeri Kelantan tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sesi Libat Urus Pemadam Negeri Kelantan bersama 60 Jabatan Kerajaan, individu dan NGO di sebuah hotel, di sini hari ini.

Zamakhshari yang juga Pengerusi Pemadam Negeri Kelantan berkata, ‘magic mushroom’ tidak dapat dikesan menggunakan kaedah sedia ada, sekali gus menjadikan kajian tersebut penting bagi memastikan pihak berkuasa mempunyai alat yang efektif bagi mengesan dadah tersebut.

Menurutnya, kerajaan negeri telah meluluskan dana berkenaan pada tahun lalu dan kajian yang dijangka mengambil masa selama dua tahun itu sepatutnya telah dimulakan oleh sekumpulan penyelidik dari USM Kampus Kesihatan Kubang Kerian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI