fbpx

Bangun sahur, kafe sudah hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Akmall Izzat sayu melihat kafenya yang musnah terbakar di Jalan Batu 49, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang pengusaha kafe mengalirkan air mata sekadar mampu menyaksikan premis perniagaannya hangus dijilat api dalam kebakaran di Jalan Batu 49, di sini, hari ini.

Kebakaran pada pukul 4.20 pagi tersebut memusnahkan kafe terbabit dengan kerugian dianggarkan RM120,000.

Wan Akmall Izzat Wan Ahmad Kamal, 31, berkata, dia yang baru bangun untuk bersahur dikejutkan panggilan daripada adik iparnya yang memaklumkan kafenya sedang marak terbakar.

“Adik ipar saya itu menetap di premis sederet dengan kafe saya. Saya segera bergegas membantu mengusung bapa mertua yang tidak dapat berjalan kerana angin ahmar dahulu.

“Saya kemudiannya cuba memadamkan kebakaran namun terpaksa berhenti demi keselamatan kerana api semakin marak,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Wan Akmall Izzat berkata, dia hampir terduduk kesemua mesin kopi, barangan elektrik dan perabot di kafe tidak dapat diselamatkan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Shahrizal Shamsudin berkata, sepasukan 12 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kebakaran itu pada pukul 4.24 pagi.

“Keadaan bangunan struktur kayu menyebabkan api marak dan cepat merebak. Bagaimanapun, berjaya mengawal api dari terus merebak kira-kira 20 minit kemudian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI