fbpx

Sultan Selangor berkenaan terima zakat Pintas Utama RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainudin (kiri) menyerahkan replika cek berjumlah RM3 juta kepada Sultan Sharafuddin pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, semalam.

PETALING JAYA – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada syarikat Pintas Utama sebanyak RM3 juta.

Pengerusi Eksekutif Pintas Utama, Tan Sri Ir. Zainudin Karjan berkata, sumbangan zakat itu adalah bagi membantu asnaf dan golongan yang memerlukan selaras dengan agenda pembangunan ummah.

Menurutnya, Pintas Utama akan terus menjalankan inisiatif atas keprihatinan bagi menyumbang semula kepada pembangunan sosioekonomi khususnya di Selangor.

“Seperti yang kita semua maklum, zakat merupakan rukun Islam keempat dan telah difardukan kepada umat Islam,” katanya.

Terdahulu, zakat bagi tahun kewangan 2024 itu diserahkan oleh Zainudin kepada baginda di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, di sini semalam.

Majlis penyerahan tersebut diadakan bersempena Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI