fbpx

Polis cari ‘Jason Tan’ aibkan, tuduh polis trafik ancam bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar hantaran yang dibuat Jason Tan yang mengaibkan dan menuduh anggota trafik membuat ancaman bunuh terhadap seseorang menerusi laman sosial Facebook.

MUAR – Seorang lelaki diburu polis selepas bertindak mengaibkan anggota polis trafik selepas berang disaman atas kesalahan trafik dalam kejadian di daerah ini.

Suspek yang memuat naik membuat hantaran berunsur fitnah dan jelik menerusi akaun Facebook atas nama ‘Jason Tan’.

Lelaki berkenaan turut mendakwa anggota polis trafik yang bertugas membuat ancaman membunuh orang awam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada anggota bertugas, Jumaat lalu.

“Siasatan awal pihak polis mendapati pada 14 Mac kira-kira 4.00 petang, mangsa telah melayari laman Facebook dan terlihat satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Jason Tan’ memaparkan hantaran berbaur fitnah dan jelik.

“Suspek mendakwa anggota polis trafik berkenaan telah membuat laporan polis palsu dan membuat ancaman bunuh terhadap seseorang.

“Mangsa mengesyaki hantaran berbaur fitnah itu dilakukan suspek yang dipercayai tidak berpuashati atas tindakan saman yang dikeluarkan oleh anggota trafik,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, polis membuka kertas siasatan Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, usaha mengesan pemilik akaun Facebook sedang giat dijalankan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI