fbpx

Kertas siasatan Arun Dorasamy berkait isu 3R diserah ke AGC esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kertas siasatan terhadap Arun Dorasamy yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan di media sosial akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC), esok.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah merakam keterangan individu berkenaan bagi membantu siasatan.

“Polis telah merekod percakapan (Arun) dan kertas siasatan akan dihantar ke Pejabat AGC pada (Isnin) untuk arahan selanjutnya,” katanya hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan polis membuka kertas siasatan membabitkan aktivis itu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan serta menyentuh isu agama, kaum dan institusi Diraja (3R).

Razarudin dilaporkan berkata, video terbabit turut mengaitkan pihak keselamatan dan Perdana Menteri.

Katanya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI