fbpx

‘Tak mengandung, saya rasa sangat ‘sweet’, rekod dan muat naik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISTERI Azlan Komen, NUR NILAM menafikan dirinya hamil

PETALING JAYA – Isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz menafikan dakwaan ramai dia kini hamil sekali gus meleraikan salah faham berkenaan video ultrabunyi yang dikongsi dalam media sosialnya baru-baru ini.

Nilam berkata, dia hadir ke sebuah pusat rawatan tersebut bagi melakukan imbasan serta pemeriksaan kesihatan.

“Memang tak akan nampak kantung bayi sebab tidak mengandung.

“Saya lakukan imbasan itu untuk buat pemeriksaan fibroid dan cyst,” katanya dalam video TikTok.

Tambah Nilam, tujuan asal dia berkongsi video berkenaan kerana terharu apabila melihat Azlan meletak fotonya di bahagian belakang telefon bimbit.

“Sebenarnya yang saya nak tunjuk ialah Azlan sedang ambil video dan ternampak bahagian belakang telefonnya ada gambar saya.

“Saya rasa itu sangat ‘sweet’, kemudian saya rekod dan muat naik. Jangan salah faham saya tak mengandung.

“Perancangan itu ada, cuma belum hamil lagi. Terima kasih doakan kami,” ujarnya.

Terdahulu, Nilam dan Azlan dihujani dengan ucapan tahniah berikutan perkongsian video ultrabunyi kerana ramai menyangka dia kini berbadan dua.

Sebelum ini, Nilam juga dikecam kerana memuat naik konten sedih dan luahan hati apabila mendakwa suaminya bakal berpoligami.

Rentetan dari itu, ramai berpendapat Nilam hanya melakukan gimik untuk memastikan dirinya terus menajdi sebutan netizen dalam media sosial.

Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI