fbpx

‘Wah, Amira ada pencabar’ – Sherry Ibrahim peluk adik Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Sherry Ibrahim dan adik Fattah Amin yang menarik perhatian ramai.

PETALING JAYA – Pernah menjalin hubungan cinta suatu ketika dulu dengan Fattah Amin membuatkan perkongsian pelakon Sherry Ibrahim yang memeluk adik aktor berkenaan iaitu Raihan Amin viral sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen dalam media sosial.

Sherry atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim, 41, menerusi perkongsian tersebut dilihat gembira bertemu Raihan selain mendoakan yang terbaik buat adik perempuan Fattah.

“Semoga semua yang baik-baik dan indah untuk Raihan Amin serta keluarga.

“Sayang dia, air mata gembira,” katanya ringkas.

Sementara Raihan yang mengulang siar perkongsian tersebut juga gembira dengan pertemuannya dengan Sherry selain turut sama mendoakan terbaik buat aktres berkenaan.

“Kita cepat sebak bila orang tanya ‘awak okay tak’, lamaa sangat tidak berjumpa masya-Allah.

“Semoga yang baik baik buat akak juga,” ujarnya.

Hantaran tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian netizen selain memuju sikap profesional Sherry yang tidak bermusuh dengan keluarga Fattah walaupun hubungan antara mereka sudah terlerai.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen berseloroh Amira Othman yang kini hangat dikaitkan dengan Fattah mempunyai pesaing baharu.

“Raihan macam lepaskan rindu peluk Sherry. Mesti mereka pernah rapat sebelum ini, sebak pula.

“Orang suka tuduh Sherry macam-macam cakap terhegeh-hegeh dengan Fattah sebelum ini tetapi semua itu salah lepas tengok hubungan baik dengan Raihan.

“Wah, Amira ada pencabar baharu. Apa pun doakan terbaik untuk semua,” kata netizen.

Terdahulu, Sherry dan Fattah pernah menjalin hubungan cinta sebelum putus pada tahun 2016.

Sherry juga sebelum ini menerima kecaman apabila menitipkan ucapan dan kata-kata semangat buat bekas kekasihnya dalam Instagram selepas sah bercerai dengan Fazura pada Oktober tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI