fbpx

[VIDEO] ‘Sungguh mulia hati abang polis bertiga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga orang anggota polis membantu seorang warga emas bertongkat pulang ke rumahnya.

PETALING JAYA- Sikap prihatin anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu seorang lelaki warga emas pulang ke rumahnya telah menyentuh hati ramai.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok oleh @Shahrul_matown, beberapa anggota polis dilihat membantu seorang warga emas bertongkat yang diturunkan oleh bas kerana kenderaan tersebut tidak dapat memasuki kawasan rumahnya.

“Dia nak balik rumah dekat kem Bukit Pinang. Bas turunkan dia di sini sebab kawasan rumah dia, bas tak boleh masuk,” tulis pemilik akaun tersebut.

Tindakan anggota polis itu mendapat pujian ramai, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap keprihatinan mereka.

“Sungguh mulia hati abang polis bertiga di bulan yang mulia, semoga Allah membalas kebaikan mereka,” balas Piah.

“Moga panjang umur abang-abang polis yang menolong… di bulan puasa ini… Aamiin,” kata Nadirah.

“Tak kira apa bangsa, nampak warga emas perlu bantuan, tolong sahaja,” komen Naziran Shela.

Tindakan anggota PDRM ini membuktikan bahawa nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial tetap menjadi keutamaan dalam menjalankan tugas. – KOSMO! ONLINE

@shahrul_matown Semoga dipermudahkan segala urusan uncle🤲🏻 #CapCut #fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg #masukberandafyp #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok #trending #kotasetar @babaizzar2a ♬ Di Saat Sendiri Piano Cover – AmirullahMZ

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI