fbpx

Wartawan tonyoh mikrofon ke muka Trump 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan sebuah mikrofon mengenai mulut Trump ketika sesi sidang akhbar bersama wartawan. - X

ANNAPOLIS, MARYLAND – Seorang wartawan menerima jelingan tajam Presiden Donald Trump selepas mikrofon yang dipegang terkena wajah beliau pada sesi sidang akhbar di negeri Maryland, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Kejadian berlaku di pusat kemudahan tentera Joint Base Andrews.

Rakaman dimuat naik di media sosial memaparkan Presiden AS ke-45 dan ke-47 itu ditemu bual beberapa wartawan mengenai tebusan Hamas di Semenanjung Gaza.

Beberapa saat kemudian, sebuah mikrofon ‘berbulu’ mengenai mulut Trump sebelum ditarik semula bagi mengelakkan sentuhan selanjutnya.

Trump kemudian menjeling ke arah wartawan tersebut dan mengangkat kedua-dua keningnya.

“Dia (wartawan berkenaan) akan menjadi berita besar malam ini. Adakah anda nampak?” tanya Trump kepada wartawan lain sambil ketawa.

Masih belum jelas wartawan saluran media mana yang memegang mikrofon tersebut.

Beliau menjawab beberapa lagi soalan sebelum menaiki pesawat Air Force One. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI