fbpx

‘Besi cerucuk tembus dari dagu ke kepala’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baddrol (kanan) ketika menziarahi mangsa di Hospital Sungai Petani malam tadi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selepas tercucuk sebatang besi cerucuk konkrit dari bahagian dahu sehingga tembus ke kepala di Kampung Bukit Hangus, Mukim Jeneri di Jeniang, Kedah pagi tadi.

Kejadian tersebut dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar di laman Instagramnya sebentar tadi.

Menurun legenda bola sepak Kedah itu, beliau berkesempatan menziarahi mangsa yang dikenali sebagai Azlan di Hospital Sungai Petani malam tadi.

“Beliau tertusuk besi cerucuk konkrit dari dagu hingga tembus ke kepala. Allahu! Kejadian pukul 9 pagi ini di Kampung Bukit Hangus Mukim Jeneri berlaku di kawasan kebun kelapa sawit

“Ketika itu mangsa sedang melakukan kerja-kerja membina longkang. Rakannya menghubungi bantuan bomba Sik dan Briged Sukarela Yayasan Jariah Malaysia sebelum dikejarkan ke Hospital Sik,” katanya.

Baddrol turut mengucapkan penghargaan kepada semua yang terlibat sedaya upaya berusaha membantu mangsa.

Beliau turut mendoakan agar mangsa segera sembuh dan dipermudahkan segala urusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI