fbpx

Saya buat kerja diam-diam – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

 

PETALING JAYA – Kementerian Ekonomi menyasarkan seramai 100,000 profesional bumiputera dalam bidang perniagaan, perakaunan dan teknologi akan dihasilkan menjelang 2030.

Ia ekoran Yayasan Peneraju iaitu sebuah agensi bumiputera di bawah Kementerian Ekonomi akan meningkatkan jumlah pengambilan untuk kursus profesional perakaunan melebihi satu kali ganda.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, langkah itu malah merupakan berita baik untuk golongan ibu bapa dan pelajar yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Jelas beliau, bagi tahun 2025, seramai 2,000 pengambilan akan ditawarkan berbanding sekitar 1,000 pengambilan dalam tahun-tahun sebelum ini.

“Ada yang kuat berkokok membela Melayu, tetapi masa dia jadi kerajaan nak lahir 200 akauntan Melayu bertauliah pun payah. Kuat berkokok kerja tak jalan. Saya pilih untuk buat kerja diam-diam.

“Lahirkan lebih ramai profesional Melayu bertauliah dan Insya-Allah mereka akan berkokok sebagai bukti keberkesanan program bumiputera kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Rafizi berkata, pengambilan untuk profesional bumiputera dalam bidang teknikal juga akan ditingkatkan sekali ganda.

Kata beliau, bermula tahun 2026, jumlah pengambilan yang ditawarkan bagi kelayakan profesional dan teknologi akan dilipatgandakan setiap tahun.

“Untuk mencapai sasaran melahirkan 100,000 profesional bumiputera bertauliah dalam bidang perniagaan, perakauan dan teknologi menjelang 2030,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI