fbpx

[VIDEO] ‘Air secawan RM10, nak pergi haji balik hari agaknya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air limau asam boi yang dijual oleh peniaga jalanan di Jalan TAR didakwa berharga RM10 secawan.

PETALING JAYA – Seorang individu terkejut apabila dikenakan harga RM10 hanya untuk secawan air limau asam boi sewaktu membelinya di bazar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

Menerusi TikTok MokWe, pemilik akaun itu mendakwa air tersebut dibeli daripada penjual jalanan di kawasan tersebut.

“Jual air nak pergi haji balik hari. Tak payah lah beli air kat Jalan TAR bazar raya, RM10 satu cawan. Bila tanya harga, tak nak jawab.

“Terus masukkan air dalam cawan, cakap RM10. Gila ini orang. Hati-hati lah sesiapa nak beli air kat bazar raya Jalan TAR,” katanya pada kapsyen video.

Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna TikTok dan ada juga berkongsi pengalaman sama.

“Saya pun dah terkena. Konon beli lah sekali dengan anak-anak tiga cawan. Sekali nak bayar, dia cakap RM30. Saya tanya balik, berapa satu cawan. Dia cakap RM10,” kata seorang pengguna TikTok.

“Dah macam harga minuman dalam ‘mall’,” kata individu lain.

Selain itu, ada juga mendakwa air itu dibeli daripada peniaga yang menjual secara berpindah-randah tanpa lesen sah sekali gus diragui penyediaan minuman berkenaan.

“Aku tak berani beli air balang kat sini. Sebab pernah nampak macam mana dia orang bancuh,” komen seorang lagi pengguna TikTok.

“Janganlah beli air balang kat Jalan TAR. Saya pernah nampak dia orang guna air paip saja, kotor sangat,” ujar individu lain. – KOSMO! ONLINE

@mok.we60 X yah la beli Air Kat jalan Tar bazar Raya, Rm10 1 cup, bila tanya harga x nak jawab terus masuk kan air dalam cup cakap rm10..gila ini orang..Hati2 la sape nak beli air kat bazar Raya jalan Tar #fyppppppppppppppppppppppp #cekikdarah #jalantarkualalumpur ♬ suara asli – 𝐆𝐋»‘𝐀𝐃̣𝐁𝐀‘

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI