SEBERANG PERAI – Sebuah bas ekspres dalam perjalanan ke bengkel terbakar di Kilometer (KM) 7.9 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) sebelum Plaza Tol Kubang Semang (BKE) di Bukit Mertajam di sini pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pasukannya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.44 pagi.
“Bas ekpress jenis Nissan itu dalam perjalanan dari Kulim menuju ke sebuah bengkel di Butterworth bagi tujuan pembaikan. Kebakaran di bahagian enjin bas kira-kira 10 peratus dan tiada penumpang ketika kejadian.
“Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 12.22 tengah hari kita serahkan lokasi kepada pihak Bahagian Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE