fbpx

Wanita pakai telekung corak sama semasa tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEKUMPULAN jemaah memakai telekung dengan corak yang sama. - Foto TikTok @_cukuplelah

JAKARTA – Seorang wanita merakamkan video memaparkan sekumpulan jemaah memakai telekung corak sama ketika mengerjakan solat tarawih di sebuah masjid di Sulawesi, lapor portal berita Walipop hari ini.

Kejadian unik itu dimuat naik menerusi platform TikTok menggunakan akaun @_cukuplelah dan tular di media sosial. 

Dalam video tersebut, sekumpulan wanita di barisan solat memakai telekung dengan warna dan corak  yang sama.

Wanita-wanita itu menggunakan telekung putih dengan motif bunga mawar merah. 

Menurut perakam video yang dikenali sebagai Mega, dia merakam kejadian tersebut kerana menganggap ia sesuatu yang melucukan.

“Kebetulan saya berada di barisan belakang mereka,” kata Mega kepada Wolipop. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI