fbpx

Jakim akan panggil individu kait Nabi Muhammad amal kronisme, nepotisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil individu yang mengaitkan Nabi Muhammad S.A.W dengan amalan kronisme dan nepotisme dalam satu hantaran di media sosial bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara itu.

Jakim dalam hantaran di aplikasi Facebook memaklumkan, pihaknya mengambil perhatian terhadap isu berkenaan.

“Jakim mengambil perhatian serius terhadap hantaran status berkaitan isu kronisme dan nepotisme dan akan memanggil pihak berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya dalam hantaran itu hari ini.

Terdahulu, pengguna Facebook yang menggunakan nama Ainon Mohd mencetuskan kontroversi selepas memuat naik hantaran mendakwa bahawa demokrasi Barat tidak mengamalkan nepotisme dan kronisme.

Beliau turut menyatakan bahawa sebagai ketua negara Islam Madinah, Nabi Muhammad S.A.W mengamalkan nepotisme dan kronisme dengan merujuk hubungan keluarga baginda dengan para sahabat seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali.

Hantaran itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial termasuk kecaman dan gesaan agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI