fbpx

[VIDEO] ‘Darjah dua aku sibuk main rebut tiang, dia berani bagi surat cinta’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surat cinta yang diterima seorang murid lelaki tahun dua daripada seorang murid perempuan.

PETALING JAYA – Baru tahun dua, sudah dapat surat cinta dengan panggilan ‘baby sayang’ selain kebenaran untuk mencium pipi.

Itu diceritakan seorang pengguna TikTok berhubung adik lelakinya yang masih bersekolah di tahun dua serta menerima surat cinta daripada kanak-kanak perempuan.

Menerusi video TikTok aisha select, gadis itu membaca surat berkenaan selepas diserahkan oleh adiknya dikenali sebagai Ali.

“I like Ali. Nanti baca kat rumah tau. Aku dengan kawan aku suka Ali, aku rindu kau ni. Kau comel gila.

“Nama aku Pia dan kawan aku nama dia Fitrah. Kau comel, kawan aku pun suka kau Ali.

“Aku cinta kau baby sayangku, kau boleh cium pipi aku. Ya Allah, dik kau baru darjah dua dik,” katanya membacakan surat berkenaan.

Menerusi ruangan komen, ramai yang membandingkan pengalaman zaman kanak-kanak mereka dengan tindakan berani budak perempuan itu menulis surat cinta.

“Ya Allah aku masa darjah dua pun, otak bengong lagi,” kata seorang pengguna TikTok.

“Waktu aku darjah dua, aku tak hafal tahiyat akhir,” ujar individu lain.

“Darjah dua aku sibuk main rebut tiang kat sekolah agama,” kata pengguna TikTok lain. – KOSMO! ONLINE

@aishatomato aku tgk adik aku mcm cicak je,camne pia dgn fitrah bole suke dia ni😭 #masukberandafyp #suratcinta #reaction #budaksekolah #funny #spontan #cringe ♬ original sound – aisha select🍅

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI