fbpx

[VIDEO] ‘Nak jadi ketua kelas pun ada borang sekarang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki bersama anaknya membaca borang yang perlu diisi.

 

PETALING JAYA – Seorang lelaki tidak menyangka perkongsiannya berhubung permintaan anak perempuannya yang mahu dia menandatangani borang pelantikan sebagai ketua kelas membuatkan orang ramai terhibur.

Menerusi hantaran di aplikasi TikTok oleh @Mynameiszaim, dia pada mulanya hanya sekadar ingin berkongsi telatahnya membaca maklumat borang yang perlu diisi ketika disamping anaknya.

“Tahniah! Esok boleh tuntut bonus, dah jadi ketua kelas kan..,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata orang ramai merasakan terhibur dengan telatah dua beranak itu.

“Macam sign projek juta-juta..bapaknya pun,” komen @Bellarina.

“Sejak bila ada borang nak jadi ketua kelas ni, aku dulu dipetik je,” komen @Lalatbertakafur.

“Sign sahaja, mana tahu loan kereta senang lulus bila anak jadi ketua kelas,” balas @NasiTomato. – KOSMO! ONLINE

@mynameiszaim23 Tahniah! Esok claim bonus ! #sekolahrendah #ketuakelas ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI