PETALING JAYA – Keadaan terkini menunjukkan sokongan Melayu semakin meningkat kepada UMNO, manakala undi Cina kekal kukuh kepada DAP.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, dua parti itu akan jadi penentu kepada penubuhan kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16)
“Saya melihat senario politik pasca PRU16 nanti pun akan lebih menarik dan unik. Mungkin untuk kita melihat sebuah kerajaan organic ditubuhkan selepas proses demokrasi berjalan agak sukar sikit.
“Akhirnya penubuhan kerajaan baharu perlu diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai mana yang terjadi pada PRU15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nur Jazlan berkata, bagaimanapun untuk menjayakan penubuhan kerajaan baharu itu satu formula seperti `kerajaan bayi tabung uji’ perlu dibuat.
Menurut beliau, ia bagi melahirkan benih politik baharu supaya lebih relevan.
“Jadi banyak kerja yang perlu dibuat dalam tempoh dua tahun akan datang dan itu pun kalau sempat. Kita tunggu dan lihat saja,” katanya. – KOSMO! ONLINE