fbpx

Soon Huat-Shveon tetap bangga, pengajaran berharga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON Huat (kiri) dan Shevon mahu menebus kekecewaan dengan mempertahankan gelaran Terbuka Swiss berlangsung minggu depan.

KEHILANGAN fokus selepas memenangi set pertama antara punca Goh Soon Huat-Shevon Lai terpaksa akur tewas kepada gandingan China, Jiang Zhenbang-Huang Dongping di suku akhir All England kelmarin.

Begitupun, pasangan No. 3 dunia itu tidak terlalu terkesan dengan kekalahan tersebut kerana ini adalah pengalaman berharga untuk mereka terus memperbaiki prestasi permainan pada masa hadapan.

Dalam perlawanan di Utilita Arena Birmingham itu, Soon Huat-Shevon bermula cemerlang dengan kemenangan 21-18 pada set pertama, namun gagal mengekalkan momentum sebelum tewas 8-21, 10-21 dalam dua set berikutnya.

“Kami menikmati perlawanan ini walaupun ia sangat mencabar. Bermain dalam intensiti setinggi ini tidak mudah kerana semasa latihan pun, sukar untuk mendapat situasi yang sama.

“Kami tidak berjaya bertahan dengan baik dan mula melakukan banyak kesilapan sendiri. Itu yang menyebabkan lawan semakin menguasai permainan,” kata Shevon.

Menyedari kekuatan pasangan China yang mempunyai daya tahan tinggi sepanjang perlawanan, Shevon menekankan pertembungan tersebut memberi mereka peluang untuk meningkatkan tahap permainan.

Meskipun terdapat kritikan selepas tersingkir sebagai pilihan utama kejohanan, Soon Huat-Shevon tetap berbangga kerana diberi peluang untuk bersaing di pentas berprestij seperti All England.

Selepas kekecewaan di Birmingham, Soon Huat-Shevon akan segera bangkit untuk mempertahankan gelaran juara Terbuka Swiss minggu depan di mana mereka sekali lagi akan beraksi sebagai pilihan utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI