fbpx

Arsenal mahu terus kecewakan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Arsenal, Declan Rice (kanan) bakal memainkan peranan penting berdepan Chelsea malam ini. – AFP

LONDON – Arsenal tidak boleh tewas kepada Chelsea dalam pertembungan derbi London di Stadium Emirates malam ini sekiranya mahu terus berada dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kemenangan akan menyaksikan The Gunners yang kini di tangga kedua, me­ngurangkan jurang kepada 12 mata dengan Liverpool di tangga teratas.

Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana Arsenal juga be­risiko terlepas kedudukan kedua memandangkan Chelsea ketika ini hanya kekurangan enam mata dengan mereka di tangga keempat.

“(Enzo) Maresca seorang jurulatih yang hebat dan beliau tahu apa perlu dilakukan. Saya seronok melihat corak permainan pasukannya.

“Anda boleh lihat konsistensi dalam permainan Chelsea dan mereka boleh menentang mana-mana pasukan. Ia tidak mudah kerana Chelsea juga sebenarnya pencabar (liga) sejak dari awal musim lagi,” kata Arteta.

Berdasarkan statistik, Arsenal tidak pernah tewas dalam tujuh pertemuan menentang Chelsea dengan perlawanan terakhir menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Dalam perkembangan lain, Arteta berbangga kerana bintang mudanya berusia 18 tahun, Myles Lewis-Skelly mendapat panggilan pertama menyertai skuad kebangsaan England.

“Anda sendiri boleh melihat bakatnya dan sekarang saya harap dia dapat mengekalkan ­prestasi yang sama buat pasukan. Saya mahukan terbaik daripadanya,” jelas Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI