fbpx

Erra Fazira matang, elegan, bijak – Mr. E

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EZWAN atau Mr. E menyifatkan Erra Fazira sebagai wanita sempurna di mata, matang, bijak dan mudah bertolak-ansur.

PETALING JAYA – Ahli perniagaan yang kini akrab dengan penyanyi dan pelakon Erra Fazira, Ezwan atau Mr. E menyifatkan selebriti itu serba-serbi sempurna.

Pemilik nama sebenar Muhammad Ezwan Muhammad Zain berkata, jelitawan itu juga seorang yang mudah bertolak-ansur.

“Erra wanita yang sangat matang, elegan dan senang dibawa berbincang.

“Malah, saya boleh katakan dia merupakan seorang yang bijak,” katanya dalam wawancara bersama sebuah portal kekeluargaan.

Pengasas Kueh Cafe itu berkongsi pandangan mengenai Erra yang mempromosikan kafenya menerusi sesi siaran langsung media sosial, baru-baru ini.

“Ramai yang bertanya tentang sesi ‘live’ bersama Erra dengan Kueh sebelum ini. Alhamdulillah, saya ada kawan yang sudi membantu.

“Cuma dia bukan setiap hari ada di kafe sebab bukan bekerja di situ. Apa pun saya sangat bersyukur,” ujarnya.

Ditanya berkenaan kuih kegemaran Primadona Filem Melayu Alaf Baru itu, lelaki berusia 44 tahun terbabit mendedahkan Erra menyukai manisan berintikan kelapa.

“Bab kuih pula dia suka kuih berkelapa macam putu mayam dan kuih koci,” kongsinya.

Terdahulu, tular klip video memaparkan pelantun lagu Hanya Di Mata itu muncul dalam siaran langsung bersama Ezwan.

Biarpun bukan pertama kali mereka muncul bersama, kesudian Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek, 51, mempromosikan kafe Ezwan seakan membuktikan hubungan mereka sangat istimewa.

Perkara tersebut turut mengundang respons positif ramai yang rata-rata berharap hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin.

Erra kini juga dilihat semakin terbuka berkongsi keakraban dengan lelaki terbabit dengan mengakui situasi tersebut disebabkan faktor kematangan dirinya.

Awal tahun ini kecoh dalam media sosial mendakwa artis berstatus ibu tunggal itu dilamun cinta selepas memuat naik ucapan berbaur romantis yang dipercayai ditujukan kepada seseorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI