fbpx

Festival Lampu Mekah diadakan dalam bulan Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Festival Lampu di Mekah. - Foto SPA

RIYADH – Festival Lampu Mekah kembali untuk musim kelapan, membawakan aktiviti, membeli-belah dan hiburan bertemakan bulan Ramadan, lapor portal berita Saudi Gazette semalam.

Dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Mekah, festival itu berlangsung dari 12 hingga 23 Ramadan di Pusat Pameran dan Acara di kota suci itu. 

Pengunjung-pengunjung boleh menerokai persembahan secara langsung dengan disediakan kawasan hiburan kanak-kanak, pasar dan bazar yang menampilkan artis tempatan serta perniagaan kecil. 

Gerai makanan, kafe dan tempat duduk disediakan untuk kaum keluarga berkumpul.

Festival itu bertujuan untuk menonjolkan budaya tempatan di samping menyediakan platform bagi perniagaan kecil dan sederhana. 

Lampu atau tanglung yang sering dipanggil sebagai fanoos dalam bahasa Arab adalah simbol penting, terutamanya semasa bulan Ramadan, mewakili cahaya, harapan dan kegembiraan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI