fbpx

Harimau Malaya sasar juara Kumpulan F

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peter Cklamovski (kanan) telah memanggil 27 pemain ke kem latihan pusat skuad kebangsaan baru-baru ini. - Foto ihsan Malaysia NT

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski hanya menyasarkan status juara Kumpulan F menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2027 dalam usaha memburu slot automatik ke kejohanan paling berprestij benua Asia itu nanti.

Kata Cklamovski, format yang berbeza kali ini dijangka memberi cabaran besar buat pasukan berbanding ketika layak pada edisi 2023 yang mana Harimau Malaya hanya perlu muncul naib juara di peringkat kelayakan.

“Pada saingan kelayakan kali ini, tiada tempat kedua atau naib juara (boleh layak), kerana formatnya berbeza. Kita perlu menang dan menjadi juara kumpulan dan (pemilihan) skuad kali ini adalah langkah pertama ke arah itu (untuk layak). 

“Barisan kejurulatihan sangat fokus kepada lawan seterusnya (Nepal) dan tidak sabar untuk memasuki kem latihan. Semua pemain perlu bekerja keras, membuat persiapan yang terbaik dan memberikan persembahan yang mantap. 

“Apa yang penting, misi kami mahu membentuk pasukan yang boleh dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia, mendapatkan tiga mata pertama dan terus membina momentum,” kata pengendali kelahiran Australia itu.

Sementara itu, bekas pengendali FC Tokyo itu turut mengesahkan tidak akan mengatur sebarang aksi persahabatan sepanjang tempoh kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan bermula pada Isnin depan.

Skuad Harimau Malaya telah diletakkan dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Laos dan Nepal dengan hanya juara kumpulan yang akan lolos ke pusingan akhir di Arab Saudi pada dua tahun lagi.

Pasukan negara akan mengharungi aksi pembuka tirai menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 25 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI