fbpx

Perkeso siasat pegawai perubatan palsukan dokumen pesakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti unsur penipuan berkaitan seorang pegawai perubatan yang disyaki memalsukan dokumen rekod pesakit.

Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenal pasti dokumen-dokumen yang terlibat bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan beberapa dokumen yang telah dikemukakan untuk pengesahan, Perkeso mendapati dokumen-dokumen tersebut telah diproses untuk pembayaran tuntutan faedah.

“Hasil siasatan awal juga mendapati sekurang-kurangnya 16 kes dapat dikaitkan dengan pegawai perubatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Sekiranya terdapat penemuan yang berkaitan, Perkeso akan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Memandangkan pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kes ini, sebarang kenyataan lanjut hanya akan dimaklumkan setelah siasatan selesai,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI